Tuesday, 12 May 2015

Portfolio Pratikum

Pengenalan dan Pengurusan Sekolah

BAHAGIAN A: RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS)
BAB 1:           PENGENALAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH
1.1       FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggunjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
1.2       FALSAFAH SEKOLAH
Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas berpotensi untuk berkembang maju dari segi intelek rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, para guru berkewajipan untuk berusaha sedaya upaya mencungkil serta mengembangkan potensi para pelajar sebagai insan berilmu, bertaqwa, mengenal diri dan bertanggungjawab.

1.3       VISI DAN MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
VISI
Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera.
MISI
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.


1.4       PENGENALAN RINGKASSMK TELOK MAS TAHUN 2014
Nama Sekolah                               :           Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas                                                                           (S.M.K.T.M/ SYSTEM)
Kod Sekolah                                        :           MEA 2098
Gred                                                    :           A
Jenis Sekolah                                       :           Sekolah Menengah Berasrama Harian
Alamat                                         :           SMK Telok Mas, KM 9, Telok Mas, 75460                                                                           Melaka.
Lokasi Semasa                                   :           Dewan Undangan Negeri (DUN) Alai, Parlimen                                                                 Jasin
Telefon dan Faks                                   :           06-261 5292
E-mail                                                  :           mea_2098@yahoo.com
Ditubuhkan                                           :           Jun 2000
Pengetua                                             :           Tuan Haji Yusof Bin Othman
Penolong Kanan                                    :           Puan Yon Khairi Bte Kassim
(Pentadbiran dan Akademik)             
Penolong Kanan                                    :           Puan Darma Taksiah Binti Kamarudin
(Hal Ehwal Murid)                     
Penolong Kanan                                     :           Encik Zulkefli Bin Salleh
(Kokurikulum)              
Pengerusi PIBG                                      :           Tuan Haji Azman Bin Mohamad Noor
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)              :           Jabatan Pelajaran Negeri Melaka
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)                :           Pejabat Pelajaran Daerah Jasin
Bahasa Pengantar                                   :           Bahasa Melayu
Jumlah Guru                                          :           Guru Lelaki: 14 orang
                                                                        Guru Perempuan: 58 orang
                                                                        Jumlah Guru: 72 orang
Jumlah Staf                                         :              Staf Lelaki: 4 orang
                                                                        Staf Perempuan: 16 orang
                                                                        Jumlah Staf: 20 orang
Jumlah Pengawal Keselamatan           :                 Pengawal Keselamatan Lelaki: 6 orang
                                                                        Pengawal Keselamatan Perempuan: 3  orang
                                                                        Jumlah Pengawal Keselamatan: 9 orang
Jumlah Pengawal Kebersihan             :                 Pengawal Kebersihan Lelaki: 6 orang
                                                                       Pengawal Kebersihan Perempuan: 4 orang
                                                                        Jumlah Pengawal Kebersihan: 10 orang
Jenis Pelajar                                     :               Bumiputera
Jumlah Pelajar                                  :               Pelajar Lelaki: 477 orang
                                                                       Pelajar Perempuan: 573 orang
                                                                        Jumlah pelajar: 1050 orang
Kawalan Keselamatan                          :           Swasta
Pembersihan Kawasan                          :           Swasta
Pengurusan Kantin                              :           Swasta

1.5       SEJARAH RINGKAS SMK TELOK MAS MELAKA
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (SMKTM) mula dibina pada bulan Jun 2000 di atas sebidang tanah seluas 6.32 hektar di kawasan Telok Mas di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Alai. Terdiri daripada 4 blok utama iaitu blok A (pentadbiran), blok B (bilik darjah), blok C (makmal sains) dan blok D (bengkel dan pusat sumber). Sekolah Menengah Telok Mas juga menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dengan kapasiti maksimum 400 orang pelajar.
Sekolah ini bermula dengan 9 buah kelas Tingkatan 1 dan 3 buah kelas Tingkatan 2. Pelajar Tingkatan 1 terdiri daripada kumpulan pertama pelajar Rancangan Khas seramai 160 orang dan selebihnya pelajar Rancangan Biasa. Pelajar Tingkatan 2 pula terdiri daripada pelajar-pelajar yang asalnya bersekolah di Sekolah Menengah Seri Mahkota dan Sekolah Menengah Ayer Molek. Jabatan Pelajaran Negeri Melaka juga telah menempatkan seramai 5 orang pelajar Rancangan Khas Sukan.
Pelajar Rancangan Khas terdiri daripada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang UPSR tetapi gagal untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. Manakala pelajar-pelajar Rancangan Biasa adalah pelajar yang tinggal berhampiran sekolah.
Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju untuk membiayai yuran makan pelajar-pelajar Rancangan Khas sebanyak RM1.00 (sehari) bermula pada tahun 2002 hingga 2006.
Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Negeri Melaka (EXCO) pada 28 Februari 2001 dan disahkan pada 14 Mac 2001 keputusan telah dibuat untuk menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas sebagai sekolah berasrama kerajaan negeri Melaka.
Sekolah Menengah Telok Mas telah mendapat perhatian yang jitu dari kerajaan negeri, Jabatan Pelajaran Melaka, Pejabat Pelajaran Daerah dan masyarakat setempat.



1.6       LOGO SEKOLAH


Gambarajah 1-Logo SMK Telok Mas

Maksud struktur dan komposisi logo sekolah SMK Telok Mas ialah:
1. Bentuk perisai adalah melambangkan perlindungan daripada gejala kurang sihat.
2. Gambar pelajar dengan buku ialahManifestasi ilmu dan perintah untuk terus membaca (Iqra’).
3. Rupa bentuk sfera di dalam lencana membawa maksud betapa jauhnya hala tuju para pelajar dalam menimba ilmu yang tidak ada kesudahan.

4. Gerigi roda membawa lambang era sains teknologi serta keazaman kental dalam menempoh pancaroba era moden.





1.7       VISI DAN MISI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS

VISI
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas sebuah sekolah terbilang di Malaysia menjelang tahun 2015
MISI
Demi merealisasikan visi, kami warga Sekolah Menengah Telok Mas akan:
1. Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
2. Mengoptimumkan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum.
3. Melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi.
4. Mewujudkan persekitaran yang kondusif.
5. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti

1.8       MOTO SEKOLAH
Menjana kecemerlangan pendidikan sejagat
1.9       MATLAMAT SEKOLAH
1. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta penilaian yang berkesan secara berterusan.
2. Meningkatkan profesionalisme guru sesuai dengan keperluan pendidikan semasa.
3. Melengkapkan peralatan dan kemudahan kokurikulum.
4. Memberi pendedahan dan menggalakkan penyertaan pelajar yang maksimum di dalam aktiviti kokurikulum.
5. Memupuk nilai-nilai murni, semangat perpaduan dan kecintaan kepada diri, keluarga, sekolah dan negara.
6. Menyediakan pasaran sekolah yanglengkap, selamat dan ceria.
7.  Mengamalkan etika kerja yang cekap, mesra pelanggan dan semangat kerja berpasukan.
8.Mewujudkan kerjasama dan permuafakatan dengan komuniti setempat dan agensi-agensi yang lain.

1.10     OBJEKTIF KHUSUS
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas mempunyai objektif khusus iaitu:
1. Memastikan 100% pelajar lulus semua mata pelajaran di peringkat Peperiksaan Berpusat Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2. Memastikan 45% pelajar memperoleh cemerlang di peringkat PBSMR dan 15% pelajar memperolehi 9A di peringkat SPM.
3. Memastikan satu pasukan beruniform mewakili peringkat antarabangsa, mencapai johan peringkat daerah dan negeri dalam lima acara olahraga, empat aktiviti koakademik dan tiga pasukan uniform.
4. Memastikan data SMM lengkap dan terkini.
5. Memastikan 100% mendapatkan biasiswa bagi pelajar yang layak.
6. Memastikan kes salah laku disiplin sifar.
7. Memastikan penghuni asrama sebagai penjana kecemerlangan sekolah.
8. Mempertingkatkan kapasiti pencapaian maklumat di seluruh kawasan sekolah dan Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) sebagai media utama.
9. Mengadakan program bersama komuniti dan agensi luar sebanyak tujuh kali setahun.
10. Melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) enam kali setahun dan latihan dalaman selepas guru atau staf sokongan menghadiri kursus.
11. Menyertai krusus, seminar atau bengkel yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan agensi-agensi luar.
12. Meningkatkan kehijauan di kawasan sekolah dan asrama.
13. Memastikan pengurusan kewangan sekolah mendapat laporan audit cemerlang.
14. Membudayakan Pembangunan dan Kajian dalam kalangan guru dan pelajar.


1.11     ETIKA KERJA SEKOLAH MENENGAH TELOK MAS
Etika Kerja SMK Telok Masialah:
1. Patuh menjalankan tugas dengan bersih,cekap dan amanah.
2. Sedia memberi keutamaan kepada sekolah dan tidak mementingkan diri sendiri.
3. Berusaha meninggikan mutu perkhidmatan.
4. Menjaga maruah diri.
5. Membuat kerja dengan betul dan teliti supaya tidak membazir.
6. Peka terhadap kerja dan menjadikan tempat kerja dalam suasana gembira dan harmoni.
7. Bertanggungjawab dalam perkerjaan.
8. Mempunyai buah fikiran yang baik dan menerima teguran daripada orang lain.
9. Sedia mengambil berat masalah yang dihadapi rakan-rakan sejawat.
10. Berakhlak mulia, berbudi bahasa dan bersopan.
11. Tenang dan sabar dalam menjalankan kerja.
12. Sentiasa menambah ilmu dalam bidang pekerjaan.
13. Menjaga persahabatan sesama pekerja dan guru-guru.






1.12     LAGU SMK. TELOK MAS

SMKTM MAJU JAYA
BERJUANG BERAMAL AMALANKU
CERIA MESRA SELALU PRINSIP HIDUPKU
PUTERA PUTERI SMKTM TERUS MAJU
KORUS:
SMKTM SEKOLAH KEBANGGAAN KITA
MENJADI SEKOLAH TERCINTA
GIGIH CEKAL BERJUANG PASTI JAYA
KECEMERLANGAN MENJADI VISI KITA

AYUHLAH WAHAI RAKAN SEMUA
BERSATU TEGUHKAN PERJUANGAN KITA
SMKTM JADIKAN GEDUNG ILMU
SMKTM TERUS MAJU JAYA

Lirik : Hj. Ab. Karim bin Hj. Daud
Lagu : Mokhthrudin Abu Samah


1.13     PIAGAM PELANGGAN
Piagam pelanggannya juga adalah ikrar dan janji bagi mencapai matlamat sekolah iaitu:
Kami, warga Sekolah Menengah Kebangsaaan Telok Mas dengan penuh rasa sedar dan kebertanggungjawaban berikrar:
1. Sentiasa berusaha memberi dan menawarkan perkhidmatan yang cekap, telus, layanan yang mesra dansegera kepada setiap pelanggan tanpa prasangka dan diskriminasi.
2. Membangunkan modal insan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan warga Negara yang berdaya saing selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Wawasan 2020.
3. Setiap pelajar diberi peluang yang adil dan saksama bagi mengembang potensi secara menyeluruh dan bersepadu mengikut minat dan kecenderungan masing-masing.
4. Memastikan setiap pelajar memperoleh pendidikan secara lansung dan tidak langsung sepanjang tempoh persekolahan.
5. Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkat prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah.

                                 
1.14     SENARAI NAMA GURU DAN TAHUN 2014   
Seramai 72 guru berkhidmat di SMK Telok Mas dengan gred tertinggi DG52 hingga DG32. Sejumlah 18 guru mempunyai gred DG48 yang berjawatan tinggi di dalam sekolah termasuk guru pembimbing saya Puan Aidah binti Md Dam yang berjawatan Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik. Guru Besar sendiri adalah gred DG52. Sebahagian besarnya guru-guru SMK Telok Mas mempunyai gred DG44 dan gred DG41. Senarai lengkapkan guru-guru boleh dilihat daripada Bahagian ROS-Lampiran 1.


1.15     STAFF SOKONGAN
Staf sokongan dapat dilihat daripada Bahagian ROS-Lampiran 2 yang seramai 20 orang. Mereka adalah terdiri dari:
1.  Ketua Pembantu Tadbir (KPT),
2. Pembantu Tadbir Kewangan (KP)
3. Penyelia Asrama
4. Pembantu Makmal
5. Pembantu Am Pejabat
6. Tukang Masak
7. Pemandu    
8. Pengawal Keselamatan
9. Pengawal Kebersihan



1.16     JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN 2014
Jadual bertugas mingguan pula tugasan giliran guru-guru yang berperanan merekod kejadian dan memantau di waktu persekolahan. Guru-guru ditugas mengikut giliran untuk 47 minggu persekolah. Jadual guru bertugas mingguan dapat dilihat pada Bahagian ROS-Lampiran 3.

1.17     PERINTAH AM
Garis panduan tugas guru di dalam Buku Panduan Tugas Guru dan Buku Ringkasan Mengajar menjadi panduan dan tindakan guru-guru. Dengan panduan ini guru dapat melaksanakan tugas dengan teratur dan lancar. Maka pengurusan dan pentadbiran sekolah dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat.
Oleh itu selaku kakitangan kerajan dan guru adalah tertakluk dengan segala arahan yang terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Semua guru di hendaki membawa, memahami dan mematuhi Perintah Am itu.
Sikap guru atau kakitangan yang baik membantu membina iklim sekolah yang baik. Antara sikap yang patut pada kakitangan ialah:
1. Menepati Masa
Guru perlu hadir ke sekolah 10 minit sebelum masa ditentukan untuk sampai di sekolah. Memulakan tugas pengajaran sebaik saja loceng berbunyi dan menyempurnakan pengajaran apabila waktu tamat. Guru perlu selesaikan segala tugasan diberi pada tempoh ditetapkan tanpa perlu diberi ingatan.
2. Pakaian
Pakaian guru atau kakitangan sentiasa sesuai pada waktu persekolahan. Guru lelaki memakai seluar panjang dan berbaju kemeja dan digalakkan bertali leher atau ‘bush jacket’ atau‘lounge suit’. Jika berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipat. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam dan berkasut kulit.
Jika memakai baju melayu hendaklah lengkap dengan samping atau pakaian baju yang mirip dalam potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang. Pakaian baju melayu dengan kain sarong, jeans, track suit, seluar pendek, kemeja T atau sukan, jersi, kasut sukan, baju Hawai, baju batik, selipar, kasut getah dan lain-lain jenis pakaian yang menjolok mata tidak boleh dipakai.
Pakaian guru perempuan pula adalah pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata. Memakai kasut kulit, selipar, cerpu atau yang jenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian ditetapkan dibolehkan. Kasut sukan,’jeans’,’slack’, ‘track suit’, kemeja T atau sukan, jersi, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata, tidak boleh dipakai.
Kakitangan yang bertugas sewaktu di luar bilik darjah atau ketika menjalankan gerakerja pendidikan jasmani dan sukan. Guru lelaki dan perempuan perlu memakai ‘track suit’, seluar panjang yang sesuai, seluar pendek khusus untuk guru lelaki, kemeja sukan, jersi, kasut getah, kasut sukan dan lain-lain pakaian yang sesuai yang tidak menghalang kecergasan gerakgeri dalam aktiviti sukan.
Guru-guru perlu mematuhi kehendak surat pekeliling K.P (B5)859/Jld.11/(36) bertarikh 9 Mei 1985 mengenai pakaian guru-guru di sekolah. Pakaian guru perlu kemas dan sesuai dan melambangkan disiplin dan imej profesion perguruan.
Guru lelaki dan perempuan yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk menjalankan pengajaran mata pelajaran tersebut.Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas dan menghadiri upacara rasmi.

Memakai pakaian sukan adalah tidak dibenarkan semasa mengajar di bilik darjah dan menghadiri upacara rasmi.Guru lelaki hendaklah memakai tali leher semasa bertugas. Semua guru dikehendaki berpakaian kemas dalam sebarang tugas atau upacara rasmi.


3. Misai, Janggut danRambut
 Guru-guru lelaki dan Kakitangan lelaki di sekolah hendaklah mematuhi garis panduan. Kementerian Pendidikan dalam hal ini dan sentiasa menjadi teladan yang baik kepada semua murid.
4. Merokok
Guru atau Kakitangan tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah.
5. Budi Bahasa
 Sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan perhubungan yang baik dengan berbudi bahasa dan sopan di antara semua ahli dalam keluarga sekolah dan dengan pihak-pihak luar yang berkaitan dengan sekolah.
6. Kebersihan
Berusaha dan berikhtiar untuk menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan semua bilik, alatan dan kawasan sekolah.
7. Melaksanakan tugas dengan profesional
Segera memahami tugas yang diberi dan melaksanakannya. Mengambil daya usaha sendiri untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapinya. Berbincang dengan guru-guru kanan atau Pengetua apabila menghadapi sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan.
Sifat profesionalisme ditunjukkan dalam setiap tugas yang dipegangnya. Sentiasa Ingin membaiki kemahiran yang ada pada dirinya untuk menjadi guru dan kakitangan yang lebih berkesan. Memahami Etika Profesion Perguruan.
Sanggup bertolak ansur dan berkorban masa dan tenaga demi kebajikan  murid dan sekolah.Menerbitkan nilai-nilai sihat dan positif di kalangan murid dan rakan sejawat di sekolah ke arah perpaduan dan terhindar daripada sebarang bentuk prasangka, kumpulan dan sebagainya.
Menunjukkan sifat prihatin terhadap semua murid di sekolah tanpa membezakan antara satu sama lain dari segi keturunan, agama, kedudukan sosioekonomi dan sebagainya serta mendidik mereka ke arah Falsafah Pendidikan Negara.Mengemukakan cadangan dan idea untuk kebaikan sekolah melalui saluran-saluran yang ada seperti peti cadangan, perjumpaan sesama guru, mesyuarat dan sebagainya.
Sanggup dan ingin menghadiri seminar, kursus dan Program Perkembangan Staff dan membawa pembaharuan kepada alam sekolah ini.Tidak bercuti dari tugas, kecuali atas sebab-sebab yang paling mustahak. Apabila terpaksa bercuti, rela menghabiskan tugas-tugasnya yang tergendala itu tanpa sebarang arahan dan memastikan tiada aktiviti di sekolah tergendala kerana ketidakhadiran dirinya.
Menyelenggara Buku Persediaan Mengajar, Jadual-Jadual, Rekod Pungutan, Alatan-Alatan, Bilik-Bilik, Perabot, Buku Stok, Buku Laporan dan sebagainya mengikut keperluan yang ditetapkan.Memastikan segala tindakan adalah menurut peraturan yang ada. Jika tidak jelas dapatkan bantuan daripada Penolong Kanan atau Pengetua.
Terbuka kepada idea atau kaedah yang baru dalam pendidikan.Sanggup menerima cabaran semasa menjalankan tugas termasuk mendidik murid-murid yang lemah dan menghadapi tugas-tugas yang berbagai-bagai ragam demi kebajikan pelajar-pelajar sekolah ini.
Memberi kerjasama dan sumbangan kepada guru kanan atau ketua kumpulan dalam mengendalikan sesuatu tugas, meskipun tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan yang diambil oleh kumpulan itu.Tidak terlalu menghitung masa dan tugas dalam menjalankan tugas-tugas sekolah.Mengutamakan kepentingan sekolah atau perkhidmatan apabila bercanggah dengan kepentingan diri sendiri.

8.Kedatangan dan  Waktu Bertugas

Waktu bersekolah ialah seperti berikut:-

Isnin – Khamis            : Set A :7.30 pagi –  2.40 petang
                                : Set B: 7.30 pagi – 1.50 petang
Jumaat                      : Set A: 7.30 pagi - 12.40 tengah hari                        
                                    : Set B: 7.30 pagi – 12.05
Kokurikulum                   : 1. Persatuan atau Kelab dan Unit Beruniform
                                                2.00 petang – 3.30 petang
                                    : 2. Rumah Sukan dan 1M1S
                                                3.30 petang – 5.00 petang
Guru-guru adalah diwajibkan hadir di sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan dan dikehendaki datang mengikut ketetapan masa yang dinyatakan di atas.Guru-guru dikehendaki  mengetik ‘Punch Card’ atau ‘Thumb Print Biometric’apabila tiba di sekolah dan balik dari sekolah.Jika sekiranya guru-guru terpaksa datang lewat ataupun tidak hadir, mereka hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar (Guru hendaklah menghubungi pihak sekolah jika mereka terpaksa datang lewat ataupun tidak dapat hadir).

9. Kebenaran Keluar

Mana-mana yang guru terpaksa meninggalkan sekolah seketika, hendaklah mendapat kebenaran Pengetua atau wakilnya ketika Pengetua tiada.Selepas diberi kebenaran, buku rekod meninggalkan kawasan sekolah hendaklah diisi.

10.  Cuti  atau Keuzuran

Pihak sekolah diberitahu segera atau lebih awal jika terdapat keuzuran atau kecemasan atau cuti sakit.Sijil Cuti Sakit hendaklah diserahkan sendiri kepada Pengetua dengan kadar segera.Cuti atau tidak hadir ke sekolah yang berunsur lebih kepada kepentingan peribadi adalah tidak dibenarkan.


11. Tidak Hadir Bertugas Tanpa Kenyataan
GuruKakitangan yang tidak hadir ke sekolah tanpa kenyataan yang  munasabah akan dipotong gajinya mengikut peruntukan dalam Perintah Am.Guru atau kakitangan yang pada zahirnya ke sekolah, tetapi tidak menjalankan tugasnya juga boleh dianggap tidak menjalankan tugas dan diambil tindakan memotong gaji pada hari berkenaan.
12. Sijil Pendaftaran Guru dan Permit Mengajar
Peraturan ini tertakluk kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sahaja. Semua GSTT yang mengajar perlu mempunyai permit mengajar yang diperbaharui pada tiap-tiap tahun.
13. Perhubungan Sesama Guru
Guru-guru diminta untuk memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama mereka dan sentiasa dapat mengawal tutur kata. Juga diharap akan wujud perasaan kekitaan di kalangan guru-guru.
Guru-guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksakan pandangan dan fahaman atau pendapat atau kepercayaan pada guru ataupun murid atau kakitangan sekolah.
14. Bilik Rehat
Sebuah jawatankuasa dilantik untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan Bilik Guru. Semua guru secara automatik tertakluk kepada jawatankuasa ini.Kebersihan dan keselamatan Bilik Guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda yang terdapat di dalam Bilik Guru.
Guru-guru hanya dibenarkan berada di Bilik Guru semasa mereka tidak mengajar di bilik darjah. Masa ini hendaklah dianggap sebagai tidak mengajar dan bukannya tempoh lapang. Oleh itu guru-guru hendaklah menggunakan masa tersebut (di Bilik Guru) untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
Guru tidak dibenarkan membenarkan murid-murid berada di Bilik  guru.Guru-guru yang berada di Bilik Guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab untuk memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman sekolah.
15. Inisiatif Guru
Guru-guru adalah digalakkan untuk sentiasa mengambil inisiatif bagi melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik dan berkesan.Walau bagaimanapun guru-guru adalah dikehendaki merundingkan atau membincangkan dan memaklumkan mengenainya terlebih dahulu kepada Pengetua.
16. Masalah-Masalah Perjawatan Dan Pengajaran
Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh memberitahu mengenainya sama ada kepada Pembantu Tadbir yang berkenaan ataupun kepada Pengetua.
Jika guru menghadapi masalah dalam bidang pengajaran, mereka boleh memberitahu mengenainya sama ada kepada Guru Kanan Mata Pelajaran, Penolong Kanan atau pun kepada Pengetua.
17. Tugas Guru
Guru-guru akan diberikan tugas-tugas yang berbentuk kurikulum, kokurikulum dan juga pentadbiran. Mereka hendaklah melaksanakan  tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap, bertanggungjawab dan menunjukkan semangat serta minat yang mendalam terhadap tugas-tugas tersebut.
1.Guru Tingkatan
Sebahagian besar dari guru dilantik untuk menjadi Guru Tingkatan. Mereka dikehendaki menjalankan tugas-tugas seperti yang telah ditetapkan dan menjalankannya dengan baik dan cekap.
2.Guru Bertugas Mingguan
Semua guru akan diminta menyempurnakan tugas ini secara bergilir mengikut harian. Dalam tiap-tiap satu minggu persekolahan, dua atau tiga orang guru akan diminta bertugas.
Laporan-laporan tertentu dicatatkan di dalam Buku Laporan Guru Bertugas untuk makluman dan perhatian Pengetua atau Penolong Kanan dan guru-guru. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua keesokan harinya.
3.Kokurikulum
Semua guru di sekolah mempunyai peranan untuk mengerakkan kegiatan kokurikulum. Setiap tugas hendaklah difahami benar-benar dan guru-guru harus menentukan agar kegiatan kokurikulum di bawah pimpinannya benar-benar mendatangkan faedah kepada pelajar-pelajar yang menjadi ahli-ahlinya.
Setiap guru harus memainkan peranan dalam bidang kokurikulum, tidak kira sama ada mereka terlatih atau tidak dalam bidang tersebut. Kemahiran  boleh didapati melalui bacaan, menghadiri kursus, lawatan, perbincangan mahupun dengan cara latihan semasa bertugas. Jika ada sikap yang positif, setiap guru boleh menjadi serba boleh dalam bidang kokurikulum.
Sikap murid terhadap kokurikulum dan kecemerlangan serta penyertaan yang bersungguh-sungguh, sebahagian besarnya bergantung kepada sikap guru itu sendiri.
Anggapan yang gerakan kokurikulum tidak penting harus dikikis di kalangan guru mahupun murid.Penilaian terhadap kegiatan kokurikulum dan rekod-rekod penting mengenainya hendaklah disimpan dalam Buku Rekod berkenaan. Kad Kegiatan kokurikulum pelajar juga harus diselenggarakan oleh guru-guru yang menjadi penasihat setiap kegiatan itu.
4.Pentadbiran Ikhtisas
Setiap guru perlu terlibat dalam serba sedikit pentadbiran ikhtisas seperti Guru Kelas, Penyelaras Tingkatan, Guru Perpustakaan, Guru Pusat Sumber, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Disiplin, AJK PIBG, Bilik Guru, AJK Kebersihan dan Keceriaan, AJK Kantin Sekolah, Inventori, AJK SPBT dan sebagainya.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum mahupun kokurikulum sebahagian besarnya bergantung kepada keberkesanan pentadbiran ikhtisas di sekolah. Oleh itu, bidang ini perlu diberi perhatian yang wajar.Bidang kuasa masing-masing mudah difahami dengan sedikit daya usaha sendiri
18.Buku Rekod Mengajar
Semua guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut (Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. 256). Semua kehendak buku itu perlulah disempurnakan dengan lengkap, teliti kemas dan menurut masa.
 Buku ini diserahkan kepada Pengetua pada tiap-tiap hari Jumaat untuk diperiksa dan ditandatangani. Jika Pengetua tiada, maka buku itu akan diperiksa oleh Guru Penolong Kanan atau Guru Kanan Mata Pelajaran. Jika seseorang guru bercuti, buku itu mestilah diserahkan kepada Pengetua terlebih dahulu.
19. Jadual Waktu
Tiap-tiap guru dikehendaki menyerahkan satu salinan jadual waktu kelas dan juga persendirian yang kemas kini (mana-mana yang berkaitan) yang telah disediakan dengan lengkap dan kemas ke pejabat.
Guru-guru tingkatan juga dikehendaki menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di kelas masing-masing.Guru-guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan.Jadual Guru Ganti juga adalah tugas rasmi. Guru-guru bertanggungjawab ke atas kelas dan tugas yang ditetapkan.

20. Buku Rekod Kedatangan Murid
Tiap-tiap Guru Tingkatan akan diberikan sebuah Buku Rekod Kedatangan untuk kegunaan tingkatannya. Guru bertanggungjawab untuk memenuhi maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak peraturan mengenainya yang ada dicetak di bahagian dalam kulit hadapan buku tersebut.
Kedatangan harian murid hendaklah diambil oleh Guru Tingkatan sendiri pada hari mengajar pada waktu kedua.
Buku ini diambil dari Bilik Guru Kanan dan hendaklah disimpan semula di tempat asalnya tidak lewat dari tamatnya waktu yang kedua untuk membolehkan pihak sekolah mengetahui bilangan murid yang hadir atau tidak hadir pada hari yang berkenaan sebelum waktu rehat. Keselamatan buku ini semasa di dalam pegangan guru adalah tanggungjawab guru berkenaan.
Dari masa ke masa, buku ini akan disemak oleh Pengetua atau Guru Penolong Kanan atau Guru Penolong Kanan Hal Ehwal murid atau guru yang telah ditugaskan oleh Pengetua khas untuknya.
21. Menghukum Murid
Seseorang guru tidak dibenarkan menghukum dan mendera murid-murid. Guru-guru juga dikehendaki menjaga tutur kata mereka terhadap murid-murid. Murid-murid yang difikirkan perlu dihukum hendaklah dibawa kepada pengetahuan Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau Guru Disiplin.
22. Kad 001/002
Semua Guru Tingkatan dikehendaki mengemas kini kad-kad ini pada tiap-tiap awal tahun.Kad ini hendaklah diserahkan kepada Kaunselor apabila diminta.
23. Buku Teks (SPBT)
Guru-guru tingkatan dan guru-guru SPBT hendaklah menguruskan Skim Bantuan Pinjaman Buku Teks selaras dengan arahan dan kehendak biasa Kementerian atau Jabatan Pendidikan Surat KP. 8772/1979/SP/(29) bertarikh 12 Oktober 1978 dirujuk. Semua jenis borang dan keperluan biasa itu hendaklah disempurnakan dengan lengkap dan teliti mengikut masa yang telah ditetapkan.
24. Keselamatan Harta Benda Sekolah
Guru hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid-murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja ataupun tidak, hendaklah dibawa kepada pengetahuan pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.
Guru Kanan Mata Pelajaran yang berkenaan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan bilik-bilik tertentu, misalnya Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup dan sebagainya.
25. Kebersihan
Tiap-tiap guru mestilah menitikberatkan perkara ini dan adalah menjadi kewajipan bersama bagi mengawas dan mengawal kebersihan sekolah ini. Jadual giliran bertugas murid-murid di kelas hendaklah disediakan oleh Guru Tingkatan. Alatan kebersihan darjah perlulah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan guru-guru yang mempunyai bilik khas atau tempat khas seperti makmal, bengkel seni perusahaan, stor sains pertanian, stor sukan, bilik kerjaya dan sebagainya adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik tersebut.Guru yang masuk ke kelas hendaklah memastikan kebersihan kelas tersebut sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
26. Kutipan Sumbangan Pakej Bayaran Tambahan
Sumbangan Pakej Bayaran Tambahan yang dikutip untuk sekolah adalah seperti yang ditetapkan.Guru-guru tingkatan akan diberi surat kuasa untuk mengutip yuran tersebut. Guru-guru tingkatan hendaklah memastikan bahawa resit-resit dikeluarkan kepada murid-murid yang membayar yuran.
Segala wang kutipan, hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah pada hari yang berkenaan juga. Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Arahan Perbendaharaan jika ini tidak dilaksanakan. Guru-guru hendaklah memastikan mereka diberi resit oleh pihak sekolah dan menyimpan resit-resit tersebut. Guru-guru adalah dilarang sama sekali mengutip sebarang bentuk yuran dan bayaran dari murid-murid tanpa pengetahuan atau kebenaran daripada Pengetua.
27. Surat Menyurat
Semua surat menyurat guru-guru yang dianggap rasmi mestilah disalurkan melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak yang berkenaan.
28. Surat-Surat Yang Diterima
Ada surat-surat yang diterima oleh sekolah yang terpaksa diedarkan pada guru-guru yang berkenaan untuk diambil tindakan. Guru-guru ini hendaklah mengambil tindakan yang segera terhadap surat-surat tersebut.
Jika surat itu ditujukan kepada guru yang berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua surat itu boleh disimpan oleh guru di dalam fail yang ada padanya, setelah mengambil tindakan mengenainya.
Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkan surat tersebut untuk tindakan guru yang berkenaan maka, guru itu hendaklah :-
a. Mengambil fail yang berkenaan di pejabat, jika fail itu tiada di dalam simpanannya (jika perlu dan berkaitan).
b. Mengambil tindakan yang diperlukan.
c. Memulangkan semua fail tersebut ke pejabat.
Segala surat dari sekolah yang dihantar keluar hendaklah hanya ditandatangani oleh Pengetua, kecuali jika beliau sedang bercuti dan sebagainya. Maka surat itu akan ditandatangani oleh Guru Penolong Kanan bagi pihak Pengetua.

29. Urusan di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Dari masa ke masa, mungkin ada guru-guru yang terpaksa ke JPNM untuk satu-satu hal yang tertentu yang berkaitan dengan masalah perkhidmatan dan sebagainya. Untuk tujuan ini, guru-guru dikehendaki memenuhkan dan membawa borang yang khas mengenainya yang boleh didapati di pejabat sekolah.
30. Pelawat
Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Pengetua atau Guru Penolong Kanan terlebih dahulu.Guru-guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua.
31. Membeli Barang
Guru-guru yang ingin membuat pesanan bagi membeli barang, hendaklah melengkapkan borang khas mengenainya yang boleh didapati di pejabat. Borang ini kemudiannya diserahkan kepada pejabat untuk tindakan selanjutnya.
Jika barang yang berkenaan dikehendaki dengan kadar yang segera, boleh memberitahu mengenainya kepada Pengetua dan kebenaran akan diberi supaya guru boleh membeli tersebut sama ada secara tunai ataupun dibilkan ke sekolah.
32. Kegiatan Kokurikulum
Semua guru akan ditugaskan untuk menjadi Penasihat atau Guru Penjaga dan sebagainya untuk kegiatan kokurikulum di sekolah ini. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.
33. Mengajar Luar Waktu Sekolah
Kebenaran daripada Pengetua atau Pengarah Pendidikan perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum seseorang ingin mengajar di luar sekolah.

34. Perhimpunan Sekolah
Pihak sekolah mengadakan perhimpunan harian (Selasa–Jumaat) dan perhimpunan rasmi (Isnin).Semua guru dikehendaki menghadirinya. Guru akan menyanyikan bersama-sama dengan murid lagu Negaraku, lagu Melaka Maju, lagu Sekolah dan lagu Bahasa Jiwa Bangsa.
35. Mesyuarat Guru-Guru
Dari masa ke masa, Pengetua akan memanggil mesyuarat guru-guru. Kedatangan bagi mesyuarat ini adalah diwajibkan bagi semua guru.
36. Mesyuarat Jawatankuasa
Guru-guru akan dilantik untuk menduduki jawatankuasa yang terdapat di sekolah. Mereka hendaklah menghadiri sebarang mesyuarat yang dipanggil dan mengambil bahagian yang aktif di dalam mesyuarat tersebut.Guru yang dilantik menjadi setiausaha kepada sebarang jawatankuasa, hendaklah menyediakan minitnya dan satu salinan hendaklah disampaikan kepada Pengetua dengan kadar segera.
37. Latihan Kebakaran
Arahan khas Pengetua mengenai perkara ini mestilah dipatuhi dengan teliti. Latihan-latihan mengejut akan diadakan pada bila-bila masa hari persekolahan.Guru-guru mestilah sentiasa bersedia dan mematuhi kesemua arahan yang terkandung di dalam surat arahan tersebut.
38. Kepimpinan Melalui Teladan dan Bersih, Cekap dan Amanah
Kedua-dua cogan kata tersebut adalah hasrat dan harapan kerajaan terhadap sikap kakitangannya. Guru-guru dikehendaki memahami, menghayati serta mengamalkan dan menjadikannya sebagai panduan.
39. Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah.
Semua guru dikehendaki mengamati, memahami serta menghayati falsafah, matlamat dan objektif sekolah.Oleh itu, mereka hendaklah sama-sama berusaha dengan gigih demi membolehkan matlamat dan objektif tersebut dicapai serta falsafah tersebut berfungsi dan bermakna.
40.       Buku Stok
Mana-mana mata pelajaran dan sebahagian yang perlu mengadakan buku stok seperti Sains, Kemahiran Hidup, Pusat Sumber, Pendidikan Jasmani, Sukan dan sebagainya. Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan bahawa maklumat-maklumat di dalam buku tersebut adalah tepat, lengkap dan sentiasa kemas kini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Pengetua atau Guru Penolong Kanan.
41.  Rekod Pengambil Barang Dari Pejabat
Untuk melicinkan lagi pengurusan stok alatan, guru-guru dikehendaki mencatatkan di dalam Buku Rekod Pengambilan Barang apabila mereka memerlukan alatan seperti kertas stensil, kertas dan sebagainya.
Apabila mengambil barang dari pejabat, guru-guru diharap akan mengambil dengan mengikut kadar yang diperlukan sahaja demi untuk mengelakkan pembaziran.Segala barang atau alatan dipinjam dari pejabat, guru hendaklah mengembalikannya semula selepas digunakan.
42. Kebersihan dan Keselamatan dan Perhiasan Bilik Darjah
Guru-guru tingkatan hendaklah memastikan bahawa murid-murid di dalam tingkatan di bawah jagaannya menghias dan menjaga kebersihan dan keselamatan bilik darjah masing-masing. Walau bagaimanapun, guru hendaklah memastikan bahawa bahan yang digunakan untuk menghias kelas adalah sesuai dan berfaedah untuk murid-murid.
Guru tingkatan adalah bertanggungjawab bagi memastikan kelas mereka mempunyai perkara-perkara berikut :
a. Misi dan Visi Sekolah
b. Jadual Waktu
c. Jadual Bertugas
d. Carta Organisasi Kelas
e. Pelan Pergerakan Semasa Kecemasan
f. Pelan Kedudukan Murid
g. Penyapu
h. Penyodok Sampah
i. Baldi Kecil
j. Kain Lap


1.18     KEDATANGAN STAF     
Kedatangan staf direkodkan dengan menggunakan “thumbs print biometric” dan berserangkai dengan sistem e-SPKB untuk penyelarasan dan pembayaran gaji staf. Setelah sebulan kedatangan staf direkod dengan biometrik, satu salinan akan dicetak dan di semak oleh pengetua untuk pengesahan kedatangan. Sila rujuk Bahagian ROS-Lampiran 4 untuk melihat contoh rekod kedatangan.





                    
1.19TAKWIM
1.191         PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL
Sekolah Menengah Telok Mas yang berada di negeri Melaka ini adalah dalam kumpulan B yang terdiri dari negeri Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Sekolah ini mempunyai hari persekolah sebanyak 193 hari, hari cuti penggal selama 81 hari dan cuti am selama 16 hari. Cuti penggal pula adalah sebanyak 4 penggal iaitu cuti pertengahan penggal 1, cuti pertengahan tahun,cuti penggal 2 dan cuti akhirtahun.Jadual lengkap dapat dilihat diJadual Persekolahan berikut:
PENGGALMULAPERSEKOLAHAKHIRPERSEKOLAH
JUMLAHHARI
JUMLAH
MINGGU

2.1.2014
31.1.2014
22

1.2.2014
28.2.2014
20
12

1.3.2014
21.3.2014
15


JUMLAH HARI
57


CUTI PERTEGAHAN PENGGAL 1
1
1
22.3.2014
30.3.2014
9


30.3.2014
31.3.2014
1


1.4.2014
30.4.2014
22
8

1.5.2014
27.5.2014
19


JUMLAH HARI
42


CUTI PERTENGAHAN TAHUN
2

28.5.2014
15.6.2014
19


16.6.2014
30.6.2014
11


1.7.2014
31.7.2014
23
13

1.8.2014
31.8.2014
21


1.9.2014
12.9.2014
10


JUMLAH HARI
65


CUTI PERTENGAHAN 2
1
2
13.9.2014
21.9.2014
9


22.9.2014
30.9.2014
7


1.10.2014
31.10.2014
23
9

1.11.2014
21.11.2014
15



45


CUTI AKHIR TAHUN
6

22.11.2014
4.1.2015
44


JUMLAH BESAR
290
52
Jadual 1: Jadual Persekolahan Mengikut Penggal

BIL
HARI-HARI KELEPASAN AM
HARI
TARIKH
1.Tahun BaruRABU1 January 2014
2.Hari Keputeraan Nabi Muhamad s.a.wSELASA14 January 2014
3.Tahun Baru CinaJUMAAT31 January 2014
4.Hari Perisytiharaan Melaka Bandaraya BersejarahSELASA15 April 2014
5.Hari PekerjaKHAMIS1 Mei 2014
6.Hari WesakSELASA13 Mei 2014
7.Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongSABTU7 Jun 2014
8.Awal RamadhanAHAD29 Jun 2014
9.Hari Raya PuasaISNIN-SELASA28-29 Julai 2014
10.Hari KebangsaanAHAD31 Ogos 2014
11.Hari MalaysiaSELASA16 September 2014
12.Hari Raya HajiAHAD5 Oktober 2014
13.Hari Jadi T.Y.T Yang Di-Pertua Negeri MelakaJUMAAT10 Oktober 2014
14.Hari DeepavaliKHAMIS23 Oktober 2014
15.Awal MuharamSABTU25 Oktober 2014
16.Hari KrismasKHAMIS25 Disember 2014
Jadual 2: Jadual Hari-Hari Kelepasan Am Negeri Melaka


                           








1.192     TAKWIM PEPERIKSAAN
Sekolah menengah ini mempunyai 5 ujian selaras,4 peperiksaan peringkat sekolah, 2 peperiksaan percubaan dan 2 peperiksaan peringkat pusat. Berikut adalah jadual peperiksaan:
BIL.
UJIAN/PEPERIKSAAN 2014
TARIKH
1Ujian Selaras 1 Tingkatan 510/2-13/2
2Ujian Selaras 1 Tingkatan 1- Tingkatan 417/3-20/3
3Ujian Selaras 2 Tingkatan 517/3-20/3
4Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4- 514/5-29/5
5Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 1- 319/5-23/5
6Ujian Selaras Tingkatan 1- Tingkatan 414/7-18/7
7Ujian Selaras Tingkatan 3- Tingkatan 514/7-18/7
8Percubaan PBSMR18/8-22/8
9Percubaan SPM2/9-11/9
10Peperiksaan PBSMR13/10-17/10
11Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 413/10-22/10
12Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1-313/10-17/10
13Peperiksaan SPMAwal November
Jadual 3:Peperiksaan SMK Telok Mas





1.193       TAKWIM PERSEKOLAH
Sekolah SMK Telok Mas merangka pelbagai aktiviti sepanjang tahun seperti Program Orentasi Tingkatan 1, Mesyuarat guru dan panitia dan lawatan sambil belajar seperti jadual di bawah. Sila rujuk Bahagian ROS –Lampiran 5 bagi perincian takwim.
BULAN
MINGGU
AKTIVITI
JUN
1
Cuti Penggal

2
Pacuan Minda 2 PBSMR/SPM

3
1.Minggu Bidang Teknologi dan Vokasional
2. Mesyuarat Kurikulum ke 3
3. Taklimat Program Temu Mesra
4. Pelancaran Hari Koperasi

4
1. Mesyuarat Panitia      
2. Minum Pagi Bersama Pengetua
3. Motivasi Asrama

5
1. Perjumpaan Pelajar Ponteng
2. Kejohanan Olahraga
JULAI
1
1. Program Ihya’ Ramadhan
2. Program Kecemerlangan Ramadhan
3. Program Temu Mesra Tingkatan 1-5

2
Minggu Pembangunan Sahsiah dan Displin
3
Ujian Selaras Tingkatan 1- 5
4
1. Mesyuarat Guru ke 3
2. Mesyuarat Kewangan ke 2
OGOS
1
1. Minggu Bidang Kemanusiaan
2. Pelancaran Bulan Kemerdekaan
2
Kelab dan KarnivalPermainan1
3
1. Percubaan PBSMR
2. Uniform dan Karnival Permainan 2
3. Perkampungan Ilmu (2) SPM
4
Perjumpaan Pelajar Ponteng 4
SEPTEMBER
1
1. Peperiksaan Percubaan SPM
2. Perjumpaan Kelab Beruniform
3. Hari Kokurikulum Perkhemahan Tingkatan 1,2
4. Program Hello Sayang
2
1. Peperiksaan Percubaan SPM
2. Mesyuarat Asrama ke 5
3. Bual Bicara Pelajar PBSMR
3
Cuti Penggal
4
Taklimat Solat Hajat
5
Mesyuarat Kewangan 3
       Jadual 4: Aktiviti Persekolahan 2014  

No comments:

Post a Comment