Tuesday, 12 May 2015

Pengalaman

Secebis Pengalaman
Saya mempunyai pengalaman mengajar sejak 2006 dengan mula mengajar di  pusat tuisyen di Pangsapuri milik Puan Zaharah yang bergalaman dan kreatif menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang di Kawasan Kampung Baru dan Pangsapuri Jelatik dengan keputusan 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan 18 A dalam SPM pada saban tahun. Malah sebutan jiran-jiran dan rujukan guru-guru sekolah di kawasan itu. Sebelum itu, saya ada seorang penolong jurutera di Syarikat 'Elavator' bernama Antah Schilder Sdn Bhd. Namun, minat menebal untuk menjadi guru saya mula mengajar secara separuh masa hingga menjadi guru 'hometuition' sepenuh masa kini.
Saya juga menjadi tutor di Pusat Tuisyen Melewar, Pusat Tuisyen Cemerlang, Pusat Tuisyen Mawar dan Pusat Tuisyen Okid di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Ramai juga pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peringkat UPSR dan PMR dengan berkat dan keinginan saya melihat generasi muda berjaya.
Malah, saya memberi khidmat tuisyen rumah ke rumah pada pelajar tahun 2 dan tahun 4 untuk semua matapelajaran di Kajang, pelajar tahun 3 dan tahun 5 dalam subjek sains dan matematik di Lembah Kinrara dan beberapa pelajar di Taman Puchong Kinrara. Dengan minat dan kesungguhan saya untuk melihat anak didik saya cemerlang, secara am pelajar-pelajar ini sangat lemah dalam subjek Matematik dan Sains telah meningkat pretasinya. Ini ganjaran yang tidak ternilai untuk saya.
Saya juga telah berkhidmat sebagai guru swasta selama 7 tahun di Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah (SRI) Selangor. Walaupun sekolah ini berteraskan bahasa Arab dan diniah atau agama, sekolah ini berintegrasikan akademik. Saya mengajar subjek English dan Matematik UPSR. Hasilnya pelajar-pelajar amat suka matapelajaran matematik dan sains serta pretasi mereka semakin meningkat saban hari. Saya wujudkan situasi sebenar dalam kehidupan sehariaan kita dan 'role play' dalam pengajaran dan pembelajaran saya seperti lakonan menjual barang, membeli dan menyimpan duit serta nyanyian. Setelah saya berkahwin pada 2008, saya berhijrah ke Melaka dan mengajar di Sekolah Rendah Islam Ahmadiah Telok Mas hingga 2014.
Dengan pendekatan saya dengan teknik berkesan dan mendedah pelajar pelbagai bentuk soalan serta latih tubi di kelas dan kelas tambahan. Alhamdulilah, saban tahun ramai pelajar saya mendapat A khasnya dalam subjek sains dan matematik dalam peperiksaan UPSR dan UPSRI.
Saya juga dapat tawaran mengajar Sains dan Matematik peringkat UPSR dan SPM di Pusat Tuisyen Marhabah di Umbai dan Pusat Tuisyen Bestari di Merlimau, Melaka Central, Jasin dan Masjid Tanah. Selain itu, saya khidmat ‘home tuition’ di Tanjung Minyak, Pokok Mangga, Air Keruh, Bukit Beruang dan MRSM Kem Trendak.
Media instruktor saya adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya digambarkan oleh rakan setugas dan murid sebagai sangat penyabar, penyayang tetapi tegas dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.
Di kesempatan dapat pulang semula di kawasan kelahiran, saya berpeluang menabur bakti di Merlimau dengan khidmat tuisyen secara berkumpulan kepada anak-anak buah saya dan anak-anak jiran. Kini anak buah saya dan beberapa anak jiran menyambung pendidikan di Sekolah Asrama Penuh setelah mendapat keputusan UPSR 5A dan 4A 1B.

No comments:

Post a Comment