Pengenalan Porfolio
PENGENALAN
Praktikum (HBEF4606) yang saya jalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas selama 8 minggu adalah satu dedahan alam persekolahan sebenar dan latihan pembelajaran dan pengajaran secara amali.
Dengan itu, pengetua telah memberi taklimat kepada saya tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah SMK Telok Mas dalam minggu Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) yang dibantu guru pembimbing, guru penolong kanan, guru-guru dan staf sokongan.
Beliau telah memberi taklimat ringkas bahagian pengurusan meliputi pentadbiran, perancangan Kurikulum dan infrastruktur. Di bahagian pentadbiran ini merangkumi Visi dan Misi sekolah, Perintah Am, takwim sekolah, profail murid, sukatan matapelajaran, struktur organisasi sekolah dan peranan staf pengurusan.
Guru Pembimbing memberi pula penerangan tentang perancangan Kurikulum sekolah iaitu mengenai subjek teras, sumber pengajaran dan pembelajaran. Di bahagian ini saya didedahkan subjek teras yang ditawarkan di sekolah ini danperincian tentang rancangan belajar dan proses pembelajaranyang efektif di dalam kelas.
Malah, Cikgu Zulkefli selaku Penolong Kanan Kokurikulum banyak berkongsi maklumat tentang aktiviti-aktiviti Kokurikulum yang dijalankan di sekolah ini. Beliau juga sudi membawa saya sekeliling sekolah untuk meninjau insfrastruktur dan fasiliti sekolah.
Seterusnya, saya rangkumkan semua aktiviti harian saya khusus sesi pengajaran saya di kelas tingkatan 1 Sigma di dalam Kecekapan Pengajaran. Ini meliputi rancangan mingguan saya, laporan aktiviti harian, rancangan pengajaran semasa pencerapan guru pembimbing dan penyelia, laporan pencerapan Guru Pembimbing dan Penyelia, maklumbalas pelajar dan refleksi saya tentang sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.
Akhirnya, dalam bahagian ketiga perkembangan profesion guru menyentuh tentang laporan rancangan pengajaran dan pengajaran, aplikasi terhadap teori pembelajaran dan pengajaran, penilaian terhadap pengajaran saya, cabaran saya dalam penyampaian dan pengubahsuian pengajaran mengikut latarbelakang dan pengalaman murid.
No comments:
Post a Comment